Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia Qatar: Christian Pulisic kerja keras untuk pulih berdepan Belanda

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pulisic.jpg
Christian Pulisic berkata dia akan melakukan segala yang terdaya untuk cergas demi memperkuatkan Amerika Syarikat (AS) yang akan berhitung dengan Belanda dalam pusingan 16, Piala Dunia di Qatar. 

Pulisic mengalami kecederaan pinggul dalam usaha menyumbat gol kemenangan ke atas Iran, tiga hari lalu. 

Penyerang Chelsea itu yang kemudiannya terpaksa dikeluarkan ketika rehat menaruh harapan tinggi untuk pulih tepat pada masanya bagi menghadapi skuad Oranje di Stadium Antarabangsa Khalifa, malam esok. 

Jurucakap pasukan AS mendedahkan pemain tersebut mengalami lebam dalam sidang akhbar malam tadi dan pemain itu berkata: "Ia amat menyakitkan. Tulang wujud atas sebab untuk melindungi anda. Ia menyakitkan tetapi saya makin sihat."


 

Bekas pemain Borussia Dortmund itu bertekad memainkan peranannya dalam misi membawa AS ke suku akhir.

"Saya akan berjumpa pasukan dan kakitangan perubatan sebelum membuat keputusan mengenai sesi latihan hari ini," katanya. 




"Cukup sekadar untuk lihat sejauh mana keadaan saya dengan memantaunya hari demi hari. Tetapi saya sedia melakukan segala-galanya untuk dapat berada di atas padang.

"Saya akan melakukan segala-galanya dengan pasukan perubatan bagi memastikan saya dapat beraksi."

Advertisement

Must Watch Video