Ben White mula menyambung latihan bersama Arsenal selepas pelepasan awalnya daripada kem Piala Dunia England di Qatar.
Pemain berusia 25 tahun itu pulang ke tanah air pada 30 November lalu "atas sebab peribadi" tanpa bermain seminit pun dalam mana-mana tiga perlawanan membabitkan England di peringkat kumpulan.
Laporan mengatakan White dilepaskan selepas kejadian di ibu pejabat Al Wakrah berikutan bertelagah dengan penolong pengurus, Steve Holland.
Mengulas mengenai khabar angin tersebut awal minggu ini, Southgate berkata: "Artikel yang ditulis itu menggunakan perkataan 'dakwaan', jadi sesiapa yang menulisnya pasti berasa tidak cukup kuat bahawa ia adalah tepat.
"Ben pergi atas sebab peribadi. Kami memuktamadkan perkara itu dengan sangat jelas dan saya fikir pada zaman ini khususnya, adalah sangat penting untuk situasi seperti ini dihormati."
England menewaskan Senegal 3-0 dalam pusingan 16 tetapi disingkirkan Perancis 1-2 di peringkat suku akhir, kelmarin.
Sehari selepas penyingkiran The Three Lions, White kembali mengambil bahagian dalam sesi latihan bersama Arsenal di Dubai.
White -- yang memulakan kesemua 14 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk meletakkan Arsenal di puncak -- dijangka meneruskan kempennya menentang West Ham pada 'Boxing Day'.
Pemain tengah Ghana, Thomas Partey, termasuk penjaga gol Amerika Syarikat, Matt Turner, turut menyambung latihan di bawah bimbingan Mikel Arteta itu selepas masing-masing tersingkir dalam Piala Dunia.
Kelab London itu mengatur perlawanan persahabatan dengan pasukan Serie A, Milan dan Juventus sebelum berdepan seteru London, West Ham.

Straight back to it ? pic.twitter.com/jabQEef62d
— Arsenal (@Arsenal) December 11, 2022