PIALA DUNIA

Piala Dunia Qatar: Argentina panggil Thiago Almada ganti Joaquin Correa

Muzaffar Musa 18/11/2022 | 02:39 MYT
Bintang Atlanta United, Thiago Almada, akan ke Piala Dunia Qatar hujung minggu ini selepas mendapat panggilan skuad kebangsaan Argentina.
Penyenaraian Almada itu disahkan beberapa jam selepas penyerang Inter Milan, Joaquin Correa, terpaksa digugurkan kerana kecederaan lutut yang dialaminya dalam satu perlawanan persahabatan menentang Emiriah Arab Bersatu semalam.
Pemain tengah berusia 21 tahun itu hanya melakukan penampilan pertamanya bersama Albiceleste sewaktu perlawanan persahabatan menentang Honduras pada September lalu dan dia kini berpeluang untuk menyertai Lionel Messi dan rakan-rakan dalam percubaan mereka untuk bergelar juara Piala Dunia buat kali pertama sejak 1986.
Pengumuman itu juga dilakukan tidak lama selepas penyerang Atletico Madrid, Angel Correa, disahkan akan menggantikan Nicolas Gonzalez, yang turut diketepikan kerana kecederaan, ke kejohanan itu.
Argentina akan memulakan kempen di Qatar dengan menentang Arab Saudi pada Selasa ini sebelum bertemu Mexico dan Poland dalam saingan Kumpulan C.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Argentina #Piala Dunia Qatar #Thiago Almada
;