Piala Dunia Qatar: Argentina belum kenal pasti situasi Angel Di Maria
Shaiful Shamsudin
Disember 3, 2022 11:02 MYT
Disember 3, 2022 11:02 MYT
Lionel Scaloni belum sempat menilai tahap kecergasan Angel Di Maria ketika Argentina sedang bersiap sedia untuk berdepan Australia dalam pusingan 16, Piala Dunia di Qatar.
Di Maria terpaksa digantikan dalam separuh masa kedua dalam kemenangan penting Kumpulan C ke atas Poland, kelmarin, dan berdepan kesuntukan masa untuk pulih memperkuatkan La Albiceleste awal pagi esok.
Scaloni menyifatkan jadual itu sebagai tidak masuk akal memandangkan Socceroos menikmati tempoh rehat tambahan biarpun turun sebagai naib juara.
Sehubungan itu, Argentina yang kembali menjalani persiapan awal pagi tadi memberi ruang buat Scaloni menilai situasi Di Maria.
Apabila laporan kecederaan pemain sayap itu disampaikan kepada jurulatih tersebut dalam sidang akhbarnya, dia menjawab: "(Nampaknya) anda lebih tahu daripada saya.
"Saya tidak tahu Di Maria mengalami masalah 'kontraktur'.
#SelecciónMayor ¡Vamos que vamos!#TodosJuntos más que nunca ??? pic.twitter.com/906pQmaPrL
— Selección Argentina ?? (@Argentina) December 1, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Dia mengadu tidak berasa begitu selesa, tetapi kontraktur?
"Ini sesuatu yang baru. Anda mempunyai lebih banyak maklumat daripada saya.
"Mari kita tunggu hari ini dan esok."