Ketegangan politik dan ekonomi di antara Amerika Syarikat (AS) dan tuan rumah bersama Piala Dunia 2026, Kanada dan Mexico, akan menjadikan kejohanan itu bertambah menarik, kata Presiden AS, Donald Trump, selepas menandatangani perintah eksekutif untuk mewujudkan pasukan petugas bagi acara itu.
Bercakap di Pejabat Oval bersama Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, Trump berkata pasukan petugas itu -- yang dipengerusikannya -- akan menyelaras dengan agensi persekutuan dalam merancang, mengatur dan melaksanakan temasya bola sepak global yang merangkumi 48 pasukan tersebut.
Awal minggu ini, pentadbiran Trump mengenakan tarif 25 peratus secara menyeluruh ke atas barangan dari Kanada dan Mexico sebelum Khamis lalu mengumumkan penangguhan tempoh sebulan bagi kedua-dua negara itu agar mematuhi pakatan perdagangan Amerika Utara.
Ketika ditanya mengenai penganjuran Piala Dunia berikutan ketegangan perdagangan semasa antara tiga negara, Trump berkata: "Saya fikir ia akan menjadikannya lebih menarik."
"Ketegangan adalah perkara yang baik, ia menjadikannya lebih menarik," katanya dipetik daripada Reuters.
Pengecualian untuk dua rakan dagangan terbesar AS itu tamat pada 2 April, malah Trump turut bercadang untuk mengenakan tarif global ke atas semua rakan dagangannya.
Piala Dunia akan berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai 2026 dengan menampilkan 104 perlawanan berbanding 64 perlawanan termasuk pusingan kalah mati tambahan.