Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia Kelab: Xabi Alonso tenang meski Real Madrid diikat Al-Hilal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aloson.jpg
Pengendali Real Madrid, Xabi Alonso, menegaskan pasukannya akan belajar sesuatu daripada setiap perlawanan untuk terus meningkat nhai selepas aksi pertama pengurus itu berakhir 1-1 dengan Al-Hilal.

Alonso dilantik sebagai pengganti Carlo Ancelotti bulan lalu dengan perlawanan Piala Dunia Kelab di Stadium Hard Rock Miami itu merupakan aksi pertamanya buat Los Blancos.

"Saya akan katakan bahawa separuh masa pertama tidak sebaik babak kedua, kami meningkat dalam separuh masa kedua, kami mempunyai peluang yang lebih baik dan kawalan yang lebih baik.

"Setiap perlawanan kami perlu mengambil yang positif, belajar daripada apa yang bolhe kami perbaiki dan setiap perlawanan akan memberikan kami pengajaran untuk terus meningkat.

"Kami mahu memenangi perlawanan, kami tidak datang untuk seri. Masih ada dua perlawanan lagi. Kami perlu terus bekerja keras, semangat berpasukan hari ini sukar dipercayai." katanya.

Jaringan Madrid hadir pada minit ke-43 menerusi Gonzalo Garcia sebelum Ruben Neves menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian daripada sepakan penalt.
 

Advertisement

Must Watch Video