Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia Kelab: Satu bahan jenaka, ini bukan bola sepak -- Jurulatih Chelsea

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

chelsea.jpg
Meskipun berhasil lolos ke suku akhir dengan kemenangan besar 4-1 ke atas Benfica, ketua jurulatih Chelsea, Enzo Maresca, tidak menyembunyikan perasaan kecewanya selepas terpaksa menunggu dua jam sebelum perlawanan bermula.

Jauh daripada gembira kerana pasukan harus menunggu lama untuk beraksi usai cuaca buruk berlalu pergi. 

Bagaimanapun, aksi pusingan 16 itu mengambil masa hampir lima jam untuk diselesaikan apabila permainan dihentikan pada minit ke-86 akibat ribut petir, dengan pemain kedua-dua belah pihak harus mengekalkan mod di bilik persalinan.

Ia adalah perlawanan keenam yang ditangguhkan semasa kejohanan kerana ribut, dan pengurus Les Blues itu mencadangkan adalah lebih baik jika pertandingan itu diadakan di tempat lain.

“Selama 85 minit, kami mengawal permainan,” kata Maresca. 

"Selepas rehat, permainan berubah sepenuhnya. Saya rasa ia satu jenaka, sejujurnya. Ia bukan bola sepak. Ia bukan untuk kami. 

 

"Saya sukar untuk memahami. Saya boleh faham bahawa, atas sebab keselamatan, anda menangguhkan permainan. Tetapi jika anda menggantung [beberapa] perlawanan, itu bermakna mungkin [ini] bukan tempat yang sesuai untuk melakukan pertandingan ini.

"Jika mereka sudah menggantung enam perlawanan, mungkin ada sesuatu yang tidak berkesan. Saya di sini bukan untuk memutuskan peraturan. Saya bercakap sebagai pengurus. 

"Apabila anda berada di dalam (bilik persalinan) selama dua jam, anda cuba mengekalkan mereka dalam permainan. Tetapi selama dua jam, mereka bercakap dengan keluarga mereka di luar atas sebab keselamatan.

"Bagaimana anda boleh memastikan fokus mereka selama dua jam?"

Advertisement

Must Watch Video