Piala Dunia Kelab: Real Madrid julang trofi kelima

Shaiful Shamsudin
Februari 12, 2023 09:36 MYT
REAL MADRID 5 AL HILAL 3
Carlo Ancelotti berseloroh bahawa dia tidak perlu bersara lagi di penghujung musim ini selepas Federico Valverde menyumbat gol ke-10 peribadinya dalam kempen musim ini untuk memastikan Real Madrid menjulang Piala Dunia Kelab, awal pagi tadi.
Valverde meledak dua gol di Stadium Prince Moulay Abdellah di Maghribi ketika Madrid menewaskan juara Arab Saudi, Al Hilal, 5-3 untuk mengungguli pertandingan itu buat kali kelima.
Pada September lalu, Ancelotti pernah berkata terhadap Valverde yang mencetak tiga gol ketika itu bahawa dia akan mengoyakkan lesen kejurulatihannya sekiranya tonggak serba boleh tersebut gagal mencapai dua angka gol pada musim ini buat julung kalinya dalam kariernya.

? @MrAncelotti: "This trophy will give us a new impetus for the rest of the season." #W8RLDCHAMPIONS pic.twitter.com/ESxe9PLqCg

— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) February 11, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sasaran itu akhirnya tercapai dan mereka saling berpelukan di tepi padang ketika meraikan jaringan kedua Valverde dalam perlawanan berkenaan.
“Saya bersyukur kerana tidak perlu bersara,” kata Ancelotti yang kini memenangi pertandingan itu sebanyak tiga kali dalam sidang media selepas perlawanan.
"Dia telah melalui tempoh yang sangat sukar.
"Valverde menawarkan kami banyak gerakan di sebelah kanan."
#Real Madrid #Piala Dunia Kelab
;