Jurulatih Bayern Munich, Vincent Kompany, berkata pertembungan suku akhir Piala Dunia Kelab pasukannya menentang Paris Saint-Germain akan menjadi pertemuan yang menarik kerana gaya permainan yang sama.
Kedua-dua PSG kendalian Luis Enrique dan Bayern bimbingan Kompany, masing-masing juara liga Perancis dan Jerman, suka menguasai bola, melakukan tekanan kepada lawan dan gemar menyerang.
"PSG merupakan pasukan yang mampu menggunakan bola dengan baik dalam hampir setiap perlawanan, menghadirkan tekanan, segala-galanya," kata Kompany pada sidang akhbar Jumaat.
"Ia sama dengan pasukan kami dan sudah pasti ia akan menghadirkan perlawanan yang menarik, bukan? Sudah apsti saya akan membayar untuk menonton pertembungan kedua-dua pasukan ini."
Di sebalik kekuatan jelas pemenang Liga Juara-Juara, Kompany berkata tidak ada pasukan yang lebih dia sukai selain daripada Paris.
"Tiada sebab untuk berfikir bahawa mereka tidak akan berada pada tahap terbaik seperti mereka esok, tetapi saya fikir ia adalah jenis cabaran yang kami gemari," jelasnya.
“Jika saya boleh memilih satu pasukan untuk bertemu, sebagai atlet profesional, sebagai pesaing, PSG adalah pilihannya kerana mereka adalah yang terbaik
"Sudah pasti ia adalah perlawanan yang paling sukar, mungkin, tetapi itulah sebabnya kami berada di sini."