Ulsan HD sah tersingkir di peringkat kumpulan Piala Dunia Kelab FIFA apabila tewas kepada 4-2 kepada Fluminense di MetLife Stadium, Amerika Syarikat pagi tadi.
Selepas tewas 0-1 kepada Mamelodi Sundowns dalam aksi pertama Kumpulan F pada Rabu lalu, Ulsan sedar mereka tidak boleh tewas perlawanan kali ini untuk menghidupkan peluang ke pusingan seterusnya.
Pasukan bimbingan bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon, itu dibolosi jaringan John Arias pada minit ke-27.
Bagaimanapun, mereka bangkit untuk mendahului dalam babak pertama hasil jaringan Lee Jin-hyun dan Um Won-sang, masing-masing pada minit ke-37 dan waktu kecederaan.
Keruntuhan sebenar Ulsan berlaku dalam babak kedua apabila mereka dibolosi tiga gol bermula dengan jaringan Nonato pada minit ke-66, disusuli gol Juan Pablo Freytes pada minit ke-83 dan Keno dalam waktu kecederaan.
Dengan kekalahan itu, wakil Korea Selatan berkenaan tidak lagi mampu mengejar pasukan dalam kelompok dua teratas, iaitu Fluminense dan Borussia Dortmund, masing-masing dengan empat mata.