Vinicius Junior mempamerkan persembahan berkelas dunia ketika membantu Real Madrid melangkah ke pusingan 16 Piala Dunia Kelab dengan kemenangan 3-0 ke atas Salzburg.
Bintang Brazil itu membuka jaringan selepas menerima hantaran Jude Bellingham pada minit ke-40 kemudian bertindak menghasilkan bantuan jaringan buat Federico Valverde dalam masa kecederaan separuh masa pertama.
Gonzalo Garcia melengkapkan kemenangan pasukan di penghujung permainan, dan bermakna skuad kendalian Xabi Alonso menamatkan pusingan pertama kejohanan tanpa sebarang kekalahan.
Mereka layak ke pusingan kalah mati selaku juara Kumpulan H dengan tujuh mata, bakal membuat perhitungan dengan Juventus di Miami pada Selasa.