Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia Kelab: Kelab kendalian Kim Pan-gon ucap selamat tinggal, tewas tipis kepada Dortmund

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dortmund-ulsan.jpg
Ulsan HD FC telah menamatkan perjalanan Piala Dunia Kelab FIFA mereka dengan kekalahan ketiga berturut-turut, yang terbaru tumbang kepada Borussia Dortmund.

Ulsan HD, juara bertahan Liga K1 tiga kali, tewas tipis 0-1 kepada kelab Jerman itu dalam perlawanan terakhir Kumpulan F mereka di Stadium TQL di Cincinnati, Ohio.

Nasib Ulsan HD telah pun ditentukan sebelum perlawanan ini, berikutan kekalahan 1-0 kepada Mamelodi Sundowns FC dan kekalahan 4-2 kepada Fluminense FC. Dortmund, selepas seri tanpa jaringan menentang Fluminense dan kemenangan 4-3 ke atas Sundowns, belum lagi mendapat tempat kalah mati sebelum perlawanan ini.

Dortmund membuka jaringan pada minit ke-36, gerakan Jobe Bellingham berjaya mencari Daniel Svensson untuk menampan masuk bola ke gawang sekaligus menjadikan gol kemenangan buat pasukan.

Ulsan menamatkan perlawanan dengan tiga percubaan berbanding 28 percubaan Dortmund.

Advertisement

Must Watch Video