Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia Kelab: Juara Eropah tumpas di tangan Botafogo

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

psg-bota.jpg
Paris Saint-Germain (PSG) mengalami kekalahan mengejut 0-1 kepada kelab Brazil, Botafogo dalam aksi Piala Dunia Kelab hari ini.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan pemain antarabangsa Brazil, Igor Jesus pada separuh masa pertama, yang sudah cukup untuk memastikan kemenangan penting buat Botafogo di hadapan 53,699 penonton di Pasadena Rose Bowl.

Juara Ligue 1 itu sebelum ini dianggap antara pilihan utama kejohanan 32 pasukan anjuran FIFA, selepas mempamerkan musim cemerlang susulan kemenangan besar 5-0 ke atas Inter Milan dalam aksi final Liga Juara-Juara bulan lalu.

Namun, hasrat PSG untuk menjadi pasukan pertama mara ke pusingan 16 terbaik tidak kesampaian apabila mereka berdepan aksi penuh disiplin dan semangat juang tinggi daripada wakil Rio de Janeiro itu.

 

Advertisement

Must Watch Video