Suhu perlawanan merekodkan bacaan tinggi mencecah 30 darjah celcius dalam pertembungan akhir Piala Dunia Kelab di Amerika Syarikat (AS), awal pagi tadi.
Namun, apa yang paling panas ialah berlaku insiden pergaduhan melibatkan kedua-dua pasukan, Chelsea dan Paris Saint-Germain (PSG) usai tamat permainan, tetapi tiada kecederaan dilaporkan berlaku.
Belum ada pengesahan rasmi tentang apakah yang berlaku sebenarnya, walaupun terdapat dakwaan provokasi daripada salah seorang pemain.
Dalam edisi kali ini, gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu berjaya merangkul kejuaraan menewaskan johan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) itu sambil disaksikan hampir 80,000 penyokong.
Meskipun mendominasi keseluruhan permainan, namun PSG tidak mampu melakar kebangkitan dan terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara walaupun hampir melengkapkan mahkota kegemilangan musim ini.
Sejak memegang jawatan ketua jurulatih, ini adalah kejuaraan Eropah kedua buat Enzo Maresca bersama Chelsea selepas turut menjuarai Liga Persidangan Eropah (UECL) di Poland, sebelum ini.
Dua jaringan pemain kebangsaan England, Cole Palmer, dan bintang terbaharu dari Brighton and Hove Albion, Joao Pedro, menjadi watak utama The Blues menoktahkan kemenangan untuk meraih kejayaan sulung di pentas berprestj itu.

? WHAT HAPPENED BETWEEN LUIS ENRIQUE & JOAO PEDRO FROM DIFFERENT ANGLE ? pic.twitter.com/QUcPlG0B75
— KinG £ (@xKGx__) July 13, 2025