Gol kemenangan Valentin Carboni dalam waktu kecederaan babak kedua memastikan Inter Milan bangkit menewaskan Urawa Reds 2-1, sekali gus mencatatkan kemenangan pertama mereka dalam saingan Piala Dunia Kelab 2025 di Lumen Field, Amerika Syarikat awal pagi tadi.
Ryoma Watanabe terlebih dahulu meletakkan wakil Jepun, Urawa Reds, di depan seawal minit ke-11 dan Inter kemudian terpaksa menunggu sehingga minit ke-78 untuk Lautaro Martinez menyamakan kedudukan.
Ketika Inter kelihatan akan sekali lagi mencatatkan keputusan seri -- selepas terikat 1-1 dengan Monterrey dalam aksi pertama pada Rabu lalu -- Carboni menjaringkan gol pada minit-minit terakhir untuk memastikan Inter terus bersaing merebut dua kedudukan teratas Kumpulan E.
Inter seterusnya akan bertemu kelab Argentina, River Plate, -- yang terikat tanpa jaringan dengan Monterey dalam satu lagi perlawanan -- bagi perebutan juara Kumpulan E pada Khamis ini.
Urawa dalam pada itu sah tersingkir selepas tewas kedua-dua aksi pertama.