BOLA SEPAK
Piala Dunia Kelab: Fluminense singkir Al Ahly untuk mara ke final
Fluminense bernasib baik apabila mara ke perlawanan akhir Piala Dunia Kelab FIFA dengan kemenangan lewat 2-0 ke atas Al Ahly di Jeddah.
Gol pertama Tricolor dijaringkan Jhon Arias yang menyempurnakan sepakan penalti minit ke-71 apabila Marcelo dikasari Percy Tau, dan pemain gantian yang dimasukkan minit ke-80, John Kennedy perlukan 10 minit untuk pastikan kemenangan mutlak.
Fluminense yang membuat penampilan sulung dalam pertandingan itu akan menentang Manchester City atau Urawa Red Diamonds pada perlawanan akhir Jumaat ini di King Abdullah Sports City.
Must-Watch Video