Kemenangan Chelsea dalam Piala Dunia Kelab tidak mendapat sambutan apabila kehadiran penonton ke stadium tidak memberasangkan, awal pagi tadi.
Meskipun berjaya mengatasi Los Angeles 2-0 dan mendapat tiga mata penuh, namun kemeriahan itu tidak bertahan tatkala penonton tidak memenuhi tempat duduk untuk menyaksikan kejohanan berprestij itu.
Tidak ada sebarang gerakan boikot mahupun jualan harga tiket tidak menggalakkan, tetapi tidak pasti mengapa perlawanan itu tidak menjadi tumpuan.
Bermain di salah sebuah venue Piala Dunia tahun depan, Stadium Mercedez-Benz, ia telah memberi gambaran bahawa penganjuran di bawah kelolaan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu tidak diterima segelintir peminat.
Dalam aksi tersebut, Pedro Neto dan Enzo Fernandez menjadi pencetak buat skuad kendalian Enzo Maresca, sekali gus menghuni tempat pertama dalam Kumpulan D.

Mercedes-Benz Stadium before kickoff of Chelsea vs. LAFC. pic.twitter.com/svWc355Lg5
— ESPN FC (@ESPNFC) June 16, 2025