Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia Kelab: Carvajal yakin Madrid mampu lepasi halangan pusingan 16

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

carvajal.jpg
Pemain Real Madrid, Dani Carvajal, yakin mampu membantu Real Madrid menentang Juventus dalam Piala Dunia Kelab selepas dia kembali semula daripada kecederaan.

Carvajal, yang telah membuat 286 penampilan bersama Los Blancos dalam kancah LaLiga, telah diketepikan sejak Oktober 2024, selepas kecederaan di bahagian lutut ketika menentang Villarreal.

Bagaimanapun, Carvajal optimis untuk kembali semula bersama skuad kendalian Xabi Alonso selepas sembilan bulan berehat.

 

"Saya berasa semangat dan tidak sabar untuk beraksi membantu Madrid dalam Piala Dunia Kelab.

"Saya tidak tahu sama ada diturunkan atau hanya berada di bangku simpanan, saya hanya serah segalanya kepada jurulatih.

"Saya akan beri sepenuh jiwa jika diturunkan pada awal pagi esok, saya tidak takut dan saya sangat yakin dengan kemampuan diri.

"Saya bersedia bermain di semua posisi jika diminta jurulatih jika itu sahaja cara untuk saya membantu pasukan," katanya.

Madrid menghuni kedudukan teratas dalam Kumpulan H, selepas berjaya merekodkan dua kemenangan serta satu keputusan seri menentang Al Hilal.

Mampukah Real Madrid tundukkan Juventus dalam pusingan 16?

Advertisement

Must Watch Video