Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia Kelab: Benfica juara Kumpulan C selepas tumbangkan Bayern Munich

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

benfica.jpg
Bayern Munich menamatkan saingan Kumpulan C, Piala Dunia Kelab di tempat kedua selepas tewas 0-1 kepada Benfica dalam aksi terakhir pusingan awal itu di Charlotte, Amerika Syarikat awal pagi tadi.

Selepas membelasah Auckland City 10-0 dan mengatasi Boca Juniors 2-1 dalam dua perlawanan pertama, Bayern mengesahkan tempat ke pusingan 16 dan hanya memerlukan satu mata lagi untuk mengesahkan laluan selaku pasukan teratas.

Benfica, dalam pada itu, perlu mencari kemenangan untuk mengelak daripada kemungkinan dipintas Boca Junior dalam aksi terakhir berkenaan.

Dan pasukan Portugal itu berhasil memperoleh jaringan pembukaan menerusi sentuhan Andreas Schjelderup pada minit ke-13 dan selepas itu, penjaga gol Benfica, Anatolii Trubin, melakukan siri aksi menyelamat gemilang untuk menafikan setiap percubaan Bayern.

Keputusan itu menyaksikan Benfica menamatkan penantian kemenangan sejak 13 perlawanan lalu menentang Bayern, di mana mereka tewas 10 daripadanya dan dibolosi 36 gol.


 

Advertisement

Must Watch Video