Piala Dunia Kelab: Al Jazira mulakan kempen dengan kemenangan
Muzaffar Musa
Februari 4, 2022 10:12 MYT
Februari 4, 2022 10:12 MYT
AL JAZIRA 4 PIRAE 1
Al Jazira memulakan kempen Piala Dunia Kelab dengan menewaskan pasukan dari Tahiti, Pirae, 4-1 di Abu Dhabi awal pagi tadi.
Pasukan tuan rumah itu, yang layak ke kejohanan berkenaan selepas memenangi UAE Pro League musim 2020-21, tidak berdepan masalah untuk menumpaskan Pirae, di mana mereka mendahului 3-0 dalam babak pertama.
Pirae -- yang dipilih sebagai wakil benua Oceania -- berhasil mendapatkan jaringan dalam babak kedua hasil gol sendiri Mohammed Rabii tetapi Al Jazira menamatkan saingan lebih awal selepas sejam permainan hasil jaringan Andoulay Diaby.
Al Jazira akan bertemu juara Asia dari Arab Saudi, Al Hilal, dalam pusingan kedua, di mana pemenang dalam perlawanan itu akan bertemu juara Eropah, Chelsea, di peringkat separuh akhir kedua pada Rabu depan.
The hosts start with a win! ⚽⚽⚽⚽@aljazirafc kick-off the tournament in Abu Dhabi with a comfortable victory ? pic.twitter.com/Nv4t2WNj6F
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) February 3, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.