Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia Kelab: Al Hilal ke suku akhir sebagai wakil tunggal Asia, tewaskan Man City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ahli.jpg
Pasukan gergasi Arab Saudi, Al Hilal, berjaya mara ke pusingan suku akhir Piala Dunia Kelab selepas menewaskan Manchester City 4-3 di Stadium Camping World, sebentar tadi.

Dalam perlawanan itu, skuad kendalian Pep Guardiola membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi ketua pasukan, Bernando Silva, sehingga menuju ke bilik persalinan.

Bagaimanapun, kebangkitan dijelmakan anak buah Simone Inzaghi pada babak kedua perlawanan dengan mendahului 2-1.

Selepas itu, penyerang berbisa, Erling Haaland, menyamakan kedudukan untuk mengikat 2-2 sehingga 90 minit permainan untuk kedua-dua pasukan terpaksa bermain di masa tambahan.

 

Aksi sengit ditampil kedua-dua pasukan pada masa tambahan pertama sehingga terikat 3-3.

Namun, pada minit ke-112, Marcos Leonardo, menjadi hero buat Al Hilal selepas berada di kedudukan tepat untuk menggunakan peluang terhidang di depan gawang.

Selepas ini, Al Hilal akan membuat perhitungan dengan Fluminense dalam aksi suku akhir untuk merebut slot ke separuh akhir.

Untuk rekod, Al Hilal merupakan satu-satunya wakil daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang masih bertahan dalam kejohanan berprestij itu sehingga kini. 

Satu kebanggaan buat rantau Asia terutamanya negara Arab Saudi!

Advertisement

Must Watch Video