Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia Kelab: Al Hilal bukti Liga Pro Saudi bukan sekadar tentang wang, kata Koulibaly

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

al-hilal.jpg
Kelab Liga Pro Saudi, Al-Hilal, tersingkir daripada Piala Dunia Kelab susulan tewas 1-2 kepada Fluminense, namun perjalanan yang tidak dijangka ke suku akhir meninggalkan impak besar di pentas global.

Pasukan kendalian Simone Inzaghi menewaskan Manchester City 4-3 dalam pusingan 16, melakar kejutan terbesar dalam kejohanan dan salah satu perlawanan paling mendebarkan dalam pertandingan itu.

Al-Hilal memulakan kempen mereka dengan keputusan seri menentang gergasi Sepanyol, Real Madrid dan mereka mara ke peringkat kumpulan tanpa kalah dengan keputusan seri menentang RB Salzburg dan kemenangan 2-0 ke atas pemenang Piala Juara CONCACAF enam kali, Pachuca dari Mexico.

Dengan skuad yang menggabungkan bakat tempatan Saudi dengan rekrut antarabangsa, Inzaghi yang baru dilantik mampu membawa pasukan itu ke ambang separuh akhir.

Bagi bekas pemain pertahanan Napoli dan pemain antarabangsa Senegal, Kalidou Koulibaly, salah seorang pemain asing yang direkrut, menyatakan persembahan pasukannya di pentas Piala Dunia Kelab adalah mesej bahawa Liga Pri Saudi bukan sekadar rumah persaraan yang menguntungkan untuk pemain Eropah dan Amerika Selatan.

"Kami menunjukkan bahawa pasukan dari Saudi sangat kuat dan kami mempunyai banyak pemain yang bagus. Semua orang berfikir bahawa apabila kami pergi ke sana kami hanya pergi untuk bercuti tetapi kami menunjukkan bahawa kami bekerja di sana," katanya.

"Kami menunjukkannya pada Piala Dunia Kelab ini dan setiap pasukan yang menentang kami dapat melihat bahawa kami mempunyai bakat. Kami mahu memperbaiki liga, kami telah banyak meningkat dalam tempoh dua tahun," tambahnya.

Koulibaly adalah salah seorang rekrut awal ke Liga Pro Saudi, selepas meninggalkan pasukan Liga Perdana Inggeris, Chelsea untuk menyertai kelab yang berpangkalan di Riyadh dan dia berkata dia telah menyaksikan pertumbuhan pesat dalam liga.

Advertisement

Must Watch Video