Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia Hoki 5s: Pengalaman Akhimullah bakal jadi taruhan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

akhimullah.jpg
Penyerang skuad hoki 5 sepasukan negara, Akhimullah Anuar Esook, menganggap pengalaman beraksi di skuad hoki padang sebelum ini banyak membantu dalam mempertajamkan pukulan bagi mencipta jaringan di Piala Dunia Fives yang bermula pada 28 Januari di Oman.

Kelajuan serta pemikiran secara pantas merupakan aspek penting yang diperlukan dalam skuad hoki 5s kerana ketepatan adalah kunci kemenangan ketika berdepan kuasa besar.
 

Bagi pemain muda Arif Safie, ada keinginan untuk memastikan sejarah dilakar buat debut skuad kebangsaan di Muscat nanti. 

Bersandarkan persiapan terkini dari jurulatih, Wallace Tan, Arif yakin Malaysia mampu memperoleh keputusan yang memberangsangkan kali ini.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video