Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Tuchel sedia bincang prospek Jude Bellingham bersama England

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tuchel-bellingham.jpg
Thomas Tuchel bercadang mengadakan perbincangan dengan Jude Bellingham yang diketepikan dalam panggilan skuad England bulan ini.

Pengendali England itu mengundang banyak kritikan apabila dia mengumumkan kerana mengenepikan bintang utama Phil Foden dan Jack Grealish untuk mengharungi perlawanan antarabangsa bulan ini dan sekalipun tanpa pemain tunjang, skuad The Three Lions mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2026 dengan agak mudah.

Bellingham sepatutnya kekal diketepikan sehingga penghujung bulan ini setelah menjalani pembedahan bahunya pada Ogos lalu. Bagaimanapun, pemain tengah itu kembali beraksi lebih awal bersama Real Madrid dalam La Liga pada bulan lalu. 

Malah, nama Grealish --  yang kembali menyerlah sejak dipinjamkan ke Everton termasuk pemain City -- Foden -- juga diabaikan sementara Marcus Rashford yang kembali ke prestasi terbaiknya di Barcelona pula dipanggil. 

Ketiadaan nama besar itu tidak terlalu menjejaskan England apabila menang 3-0 ke atas Wales dalam perlawanan persahabatan, diikuti dengan kemenangan 5-0 ke atas Latvia yang memastikan tempat mereka ke Piala Dunia tahun depan.

Selepas kemenangan ke atas Latvia itu, Tuchel memberitahu wartawan bahawa dia akan berbincang dengan Bellingham dalam masa terdekat. 



Ketua jurulatih berbangsa Jerman itu berkata: "Saya rasa begitu. Mengapa tidak? Sudah tentu, dia pemain penting, dia nama besar. Saya akan bercakap dengan ramai pemain, malah pemain yang tidak berada di kem akan mendapat teks daripada saya, lebih-lebih mereka ini. Pemain yang terpilih kali ini, mereka memang berhak menikmati ganjarannya. Dan sekarang saya juga perlu terus berhubung dengan pemain lain.

"Tiada sesiapa yang melakukan sebarang kesalahan. Ia bukan satu bentuk hukuman dan saya rasa sesudah saya menghantar mesej dan bercakap dengan mereka, semua orang akan tidak sabar-sabar untuk kembali dan beginilah keadaannya. 

"Jadi ada pemain di luar sana yang layak untuk bersama kami."
Garmin

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya

Lengkapkan diri dengan kasut Puma FUTURE 8 ULTIMATE FG yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video