Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026 bakal jadi pentas terakhir Cristiano Ronaldo?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cr7.jpg
Bintang sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan Piala Dunai 2026 bakal menjadi penampilan terakhirnya di pentas tertinggi bola sepak dunia.

Penyerang berusia 40 tahun yang kini bersama AL Nassr itu sudah menjaringkan lebih 950 gol di peringkat kelab serta antarabangsa.

Minggu lalu bintang tersohor itu membuat kenyataan dia akan bersara tidak lama lagi.

Namun, bekas tonggak Manchester United itu memperincikannya bahawa tempoh itu bermaksud sama ada satu atau dua tahun dari sekarang.

Pemenang lima kali Ballon d'Or itu berharap dapat beraksi untuk kali keenam dalam Piala Dunia tahun depan.

Ronaldo hampir menjulang trofi ketika membuat penampilan sulung pada 2006 yang menyaksikan Portugal tewas di tangan Perancis di separuh akhir.

Portugal masih menanti tiket layak ke Piala Dunia dengan syarat perlu menang ke atas Ireland demi iringi England dalam slot Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video