Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2022: Nasib Colombia kian kelam

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

colombia.jpg
COLOMBIA 0 PERU 1 

Kurang menyengat terus menghantui Colombia apabila ia sekali lagi menjadi faktor utama kelayakan mereka ke Piala Dunia 2022 menerima satu lagi tamparan hebat. 


Pasukan bimbingan Reinaldo Rueda itu dikejutkan Peru di Barranquilla, sebentar tadi, apabila gol Edison Flores pada minit ke-85 memastikan kemenangan 1-0 buat pasukan pelawat.

Colombia memiliki 30 peluang berbanding Peru hanya empat dan lima kali ganda melakukan lebih banyak sentuhan di kotak penalti lawan. Namun, mereka sama sekali gagal menterjemahkan penguasaan mereka itu. 

Keputusan itu bermakna Colombia kini telah mengharungi enam perlawanan berturut-turut tanpa sebarang gol sementara Paraguay juga turut senasib. Ia adalah catatan tanpa jaringan kedua terpanjang dalam sejarah kelayakan Piala Dunia di zon Amerika Selatan.

Situasi itu meletakkan mereka di tempat keenam selepas 15 perlawanan kelayakan dengan Uruguay dua mata di depan sementara Peru tiga mata di atas mereka. 

Hanya empat teratas yang kini dikuasai Brazil, Argentina, Ecuador dan Peru akan layak secara automatik ke pusingan akhir di Qatar.

Colombia -- yang memecah kebuntuan jaringan sejak 10 September tahun lalu itu menerusi menerusi kemenangan 2-1 ke atas Honduras dalam aksi ujian, bulan ini -- bakal berhitung dengan Argentina, Bolivia dan Venezuela dalam jadual terakhir peringkat kelayakan.

Advertisement

Must Watch Video