Skip to main content

Bola Sepak

Piala China: Cavani julang Uruguay

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cavani-uruguay.jpg
WALES 0 URUGUAY 1

Edinson Cavani menandakan penampilannya yang ke-100 bersama Uruguay dengan merakamkan gol kemenangan ke atas Wales untuk menjulang Piala China, sebentar tadi. 


Menjelang perlawanan akhir itu, perhatian terarah kepada pertembungan berbisa di antara pemain Real Madrid, Gareth Bale, dan tonggak Barcelona, Luis Suarez, begitupun Cavani menjadi pemisah menerusi gol antarabangsanya yang ke-42.

Dua percubaan Suarez pada awal babak pertama menggegar tiang susulan aksi terbuka yang dipamerkan, sebelum gandingannya sejak sekian lama, Cavani, meledak gol pada minit ke-49 menerusi gerakan mudah. 

Wales, yang membelasah China 6-0 untuk menjamin tempat ke final kejohanan jemputan ini, gagal menemui jalan untuk menembusi pintu gol lawan. 

Terlalu mengejar kedudukan, pertahanan Wales yang dibimbing Ryan Giggs semakin longgar dan Suarez hampir menghukum mereka, namun tindakan penyudahnya kali ini dibatalkan akibat ofsaid. 

Wales mensia-siakan peluang menarik menerusi Andy King pada minit ke-73, sekali gus memaksa mereka akur kepada keampuhan wakil Amerika Selatan itu. 


 

Advertisement

Must Watch Video