Skip to main content

Bola Sepak

Piala Cabaran: Penang mudah tewaskan kelab A1 Semi-Pro, PT Athletic

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

penang2.jpeg
PENANG 4 PT ATHLETIC 0

Penang berjaya menewaskan kelab Liga A1 Semi-Pro, PT Athletic, dengan kemenangan bergaya dalam perlawanan pertama Piala Cabaran di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.


Rodrigi Dias membuka tirai jaringan buat skuad tuan rumah pada minit ke-12 selepas melepaskan sepakan deras untuk meletakkan Penang di depan.

Berselang lapan minit kemudian, giliran Dylan Wenzel-Halls pula menggandakan kelebihan buat Harimau Kumbang yang menewaskan penjaga gol, Syahir Danial Ma'mal.

 

Skrip sama berulang di separuh masa kedua apabila ketua pasukan Penang, Rafael Vitor, menambah derita skuad pelawat pada minit ke-61 untuk kedudukan 3-0.

Pemain gantian, Nabil Ahmad Latpi, mencetak nama selaku penjaring terakhir permainan, sekali gus membawa bekalan selesa untuk aksi timbal balik seterusnya, akhir bulan ini.
 

Advertisement

Must Watch Video