Ketua jurulatih Selangor United, Abdul Talib Sulaiman, mengakui ketiadaan Norshamil Abd Ghani menjadi antara faktor kekalahan 0-2 kepada Terengganu FC II (TFC II), malam tadi.
Penjaring terbanyak pasukan dengan tiga gol itu terpaksa diketepikan ekoran kecederaan paha, sekali gus memberi kesan kepada jentera serangan Selangor United.
Selain Norshamil, kehilangan pemain berpengalaman, Abdul Hadi Yahya dan Rizal Fahmi Rosid, juga menjadi punca mereka gagal menyaingi juara bertahan itu.
"Ketiadaan mereka cukup dirasai dan memberikan impak kepada kami kerana pemain yang ada kurang berpengalaman selain hanya dibantu dua tonggak import.
"Namun, saya tetap berpuas hati dengan persembahan Selangor United yang pertama kali beraksi dalam Liga Malaysia.
"Tahun ini akan menjadi pengajaran untuk kami menimba pengalaman bagi menghadapi musim 2020," katanya.
Jaringan Akanni Sunday Wasiu dan Bruno Suzuki, masing-masing pada minit ke-75 dan 90, menutup peluang Selangor United untuk melepasi peringkat kumpulan.
Selepas tewas empat perlawanan berturut-turut, Abdul Talib berkata baki dua perlawanan akan datang bertemu Kuala Lumpur dan UKM FC tetap akan dihadapi dengan penuh semangat.
"Kami cuba memberi saingan, malangnya kemasukan Akanni mengubah rentak TFC II dan mereka mendapat dua gol pada lewat permainan.
"Perjuangan perlu diteruskan dan saya mahu pastikan Selangor United dapat memberi saingan dalam dua aksi terakhir di tempat sendiri," tambahnya.