Skip to main content

Bola Sepak

Piala Belia: Zarul Aidid pendahulu senarai penjaring terbanyak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zarul-aidid-mokhtar.jpg
Pemain muda Selangor, Zarul Aidid Mokhtar, merampas tangga teratas carta penjaring selepas tamat hari perlawanan keempat  kancah kejohanan Piala Belia 2025.

Zarul mendahului senarai penjaring dengan enam gol secara keseluruhannya dengan meledak hatrik ketika Selangor bertemu Kuching City pada 14 Mei lalu.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by FA Malaysia (@famalaysia)




Dalam pada itu, Ierfan Hafizan Hafiz dan Muayyad Daud menghuni tangga kedua senarai carta dengan jumlah jaringan yang sama iaitu empat gol.

Selepas empat perlawanan berlangsung, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor terikat 12 mata, sekali gus mengungguli carta liga Piala Belia.

 

Advertisement

Must Watch Video