Piala Asia: Ya Maulai dendangan Datuk Siti Nurhaliza jadi tarikan di Qatar

Shaiful Shamsudin
Januari 18, 2024 22:25 MYT
Lagu nyanyian Datuk Siti Nurhaliza, Ya Maulai, menjadi santapan halwa telinga pengujung di Lusail Boulevard.
Penganjur Piala Asia, Qatar, mengadakan festival melibatkan setiap negara bertanding yang menjadi peluang untuk masing-masing menonjolkan keunikan setiap negara.
Festival ' Hello Asia' ini menjadi medan untuk mepromoasikan budaya, makanan dan pakaian tradisional 24 negara bertanding.
Pelbagai bentuk pertunjukkan dan nyanyian turut diadakan sepanjang temasya ini.
#Piala Asia
;