Skip to main content

Bola Sepak

Piala Asia: Tiada dendam -- Yazan Al-Arab mohon maaf, harap dapat kembali beraksi di Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yazan-al-arab.jpg
Bekas tonggak pertahanan Selangor, Yazan Al-Arab, berkata aksi mantap yang dipamerkannya ketika membantu Jordan menewaskan Malaysia 4-0 dalam perlawanan Kumpulan E, Piala Asia Qatar di Stadium Al-Janoub awal pagi tadi bukan dipacu oleh rasa dendam.

Sebaliknya, pertahanan tengah berusia 27 tahun itu memohan maaf dan mengakui rindu untuk beraksi di Malaysia, khususnya bersama Selangor.

Yazan sebelum ini dikenakan penggantungan seumur hidup oleh Persatuan Bolasepak Malaysia kerana menyepak belakang pengadil dalam satu perlawanan bersama Gergasi Merah musim lalu.

Dia berkata kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam: "Ia sesuatu yang amat sukar buat saya.

"Lebih kurang tiga bulan saya tidak beraksi dalam sebarang perlawanan, termasuk dengan pasukan kebangsaan.

"Amat sukar apabila mengetahui saya tidak lagi boleh bermain di Malaysia.

"Saya harap MFL (Liga Bolasepak Malaysia) dapat membatalkan hukuman ini kerana saya amat cintakan Malaysia. Saya sayangkan semua orang di Malaysia.

"Saya sedar apa yang saya lakukan dahulu tidak betul. Saya memohon maaf kepada semua orang.

"Insya-Allah, satu hari nanti ada yang akan menolong saya untuk kembali beraksi di Malaysia, Insya-Allah."

Advertisement

Must Watch Video