Piala Asia: Teong Kim keliru Harimau Malaya terlalu bertahan

Shaiful Shamsudin
Januari 20, 2024 00:51 MYT
Datuk Lim Teong Kim tetap positif terhadap prestasi Harimau Malaya ketika bertemu Bahrain, sebentar tadi.
Skuad kebangsaan tumbang buat kali kedua dalam perlawanan Kumpulan E, Piala Asia 2023 apabila membenarkan gol saat-saat akhir Ali Mardan menjadi pemisah pertemuan di Stadium Jassim Bin Hamad.
"Tempo mesti sama seperti separuh masa atau tingkatkan lagi, baru kita boleh beri tekanan kepada Bahrain.
"Separuh masa kedua pasukan negara terlalu bertahan, tidak berlaku langsung serangan.
"Apa yang mereka lakukan apabila menguasai bola. Ibarat lawan Jordan ketika separuh masa pertama," kata bekas ketua jurulatih Perak FC itu di Astro Arena sebentar tadi.
Walaupun banyak kepincangan yang perlu diperbaiki, namun Teong Kim ini boleh menjadi pengajaran berguna buat pemain negara sambil mengingatkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai perancangan seterusnya.
"Kita pun mesti menghargai sumbangan pemain, perubahannya seperti malam dan siang.
"Ini satu persembahan yang baik daripada pemain negara. Mereka layak selepas 40 tahun dan berjumpa pasukan kuat.
"Tapi purata pemain pasukan kini berusia 30 tahun," katanya lagi.
#Harimau Malaya #Piala Asia
;