PIALA ASIA
Piala Asia: Tekanan jadi faktor dorongan Republik Korea
Pemain tengah Republik Korea, Hwang In-beom merasakan tekanan menjelang pertembungan separuh akhir saingan Piala Asia dengan Jordan hanya akan menjadikan motivasi tambahan untuk pasukannya.
Mengalahkan Arab Saudi dan Australia untuk melepasi ke pusingan pasukan empat terakhir dan hanya dipisahkan 44 pasukan dalam ranking FIFA ke atas Jordan, jangkaan yang tinggi buat Taegeuk Warriors untuk memperoleh gelaran juara Piala Asia yang pertama sejak 1960.
"Sejarah yang tercipta adalah untuk diubah.
"Jika anda kata kami tidak mampu menjuarai kejohanan ini kerana bolos lapan jaringan, kami akan buktikan anda salah.
"Ya, kami banyak melepaskan jaringan, tapi kami juga banyak menjaringkan gol. tekanan sentiasa ada, bukan hanya untuk kejohanan ini sahaja.
"Bagi pemain bola sepak profesional, kami memang sudah sedia hidup dan hadapi pelbagai tekanan," kata pemain tengah itu.
In-beom yang kini sentiasa dalam pemilihan Jurgen Klinsmann untuk diturunkan dalam kesebelasan utama, berjaya menjaringkan satu gol dan satu bantuan jaringan setakat ini.