PIALA ASIA
Piala Asia: Tekanan bukan kepada pasukan Malaysia -- Matt Davies
Pertahanan negara, Matt Davies, menyifatkan penampilan pasukan Harimau Malaya menghadapi saingan Piala Asia Qatar tidak diselubungi tekanan sebaliknya buat tiga pasukan yang diundi bersama Malaysia bagi saingan kali ini.
Malaysia kembali ke pentas Piala Asia selepas kali terakhir membuat penampilan sebagai penganjur bersama pada edisi 2007 -- hadir dengan barisan yang cukup berkualiti ketika ini.
Diundi bersama pasukan seperti Jordan, Bahrain serta Republik Korea dalam Kumpulan E, Malaysia ternyata bakal membuat penghitungan getir apabila bakal berdepan lawan yang jauh lebih tinggi daripada segi ranking dunia.
"Jordan, Bahrain and South Korea more pressure, we just enjoy to play good football", Matt Davies, kapten skuad Piala Asia 2023. ?@ASTROARENA pic.twitter.com/z7RKBMLZNS— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) January 14, 2024
Iklan
Bagi Davies, yang ditemui ketika sidang media pra-perlawanan Malaysia v Jordan, melihat situasi yang dihadapi pasukan negara bukanlah sesuatu yang membebankan mereka malah melabel tekanan adalah kepada pasukan yang berada dalam satu kumpulan yang sama dengan pasukan negara.
"Malaysia adalah pasukan 'underdog' dalam saingan kumpulan, kita bakal bertemu lawan seperti Jordan, Bahrain dan Korea. Ia merupakan sesuatu yang positif kerana situasi mereka lebih tertekan berbanding kami," kata Davies.
"Malaysia mungkin berada dalam kedudukan ranking yang jauh lebih rendah berbanding lawan, namun ia tidak akan mematahkan semangat kami untuk melakar kejutan dalam saingan kali ini."
Malaysia bakal turun bertemu Jordan dalam aksi pertama peringkat kumpulan di Stadium Al-Janoub pada jam 1.30 pagi Selasa ini.
Must-Watch Video