Piala Asia: Supachai Chaided -- Anak melayu sumbat dua gol buat Thailand


Januari 17, 2024 10:53 MYT
Thailand muncul satu-satunya wakil Asia Tenggara yang merekodkan kemenangan di kempen Piala Asia 2023.
Kemenangan 2-0 ke atas Kyrgyzstan itu hasil jaringan penyerang muda Buriram United, Supachai Chaided masing-masing pada minit ke-26 dan m-48.
Supachai dilahirkan di Pattani dan antara pemain berbangsa Melayu yang disenaraikan Masatada Ishii ke Qatar kali ini.
Berdasarkan maklumat di Transfermarkt, pemain berusia 25 tahun itu bukan sahaja boleh mengetuai bahagian serangan, namun boleh diletakkan sebagai penyerang kedua atau beraksi di bahagian sayap.

Anak Melayu sumbat dua gol buat Thailand Supachai Chaided menyerlah dan Thailand muncul satu-satunya wakil Asia Tenggara yang merekodkan kemenangan di kempen Piala Asia 2023.#SinarHarian #anakmelayuhttps://t.co/lqxcjfvARp

— SinarHarian (@SinarOnline) January 17, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain Supachai, pemain berbangsa Melayu yang pernah menyarung jersi skuad Gajah Perang antaranya ialah Adul Lahsoh, Nurul Sriyankem, Narubadin Wirawatnodom dan beberapa pemain lagi.
Supachai sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang wartawan jelita, Pia Butsakorn.-Sinar Harian
Sorotan perlawanan Malaysia vs Jordan - Piala Asia Qatar 2023
#bola sepak #Thailand #Malaysia #Arab Saudi #Jordan #Oman #Piala Asia Qatar
;