Skip to main content

Bola Sepak

Piala Asia: Staf, petugas media hilang kata-kata dalam kejayaan Syria ke pusingan 16

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syria.jpg
Kejayaan pasukan Syria melangkah ke peringkat kalah mati saingan Piala Asia Qatar ternyata mencuri tumpuan apabila tular video di media sosial yang menggambarkan tangisan kegembiraan mereka yang menjadi saksi kejayaan pasukan mereka ketika ini.

Syria meraih kemenangan 1-0 ke atas India dalam aksi terakhir sekaligus memastikan mereka layak ke peringkat kalah mati saingan Piala Asia, pertama kali dalam sejarah mereka.

Dalam satu video yang tular, staf pasukan dan petugas media Syria tidak dapat menahan sebak selepas negara itu menerobos masuk ke pusingan 16 terbaik Piala Asia Qatar 2023 hasil jaringan pemain gantian Omar Khribin minit ke-76.

Bagaimanapun, pengendali Syria, Hector Cuper tidak begitu emosional dan tetap tenang selepas pasukannya menewaskan India, 1-0 dalam perlawanan terakhir Kumpulan A di Stadium Al Bayt.
 

Turut mengikuti langkah sama, Palestin yang merekodkan kemenangan 3-0 ke atas Hong Kong, China turut membenarkan mereka ke peringkat kalah mati, mencipta sejarah tersendiri dalam saingan Piala Asia kali ini.

Advertisement

Must Watch Video