Ketua jurulatih Republik Korea, Jurgen Klinsmann, berkata keputusan seri 2-2 menentang Jordan dalam aksi Kumpulan E, Piala Asia Qatar malam tadi sudah cukup bagus memandangkan pasukannya tidak beraksi baik dalam separuh masa pertama.
Walaupun mendahului hasil jaringan Son Heung-min seawal minit kesembilan, Korea memerlukan jaringan penyamaan dalam waktu kecederaan untuk mengelakkan satu lagi kejutan besar dalam kejohanan berkenaan, hanya 24 jam selepas Iraq mengejutkan pasukan pilihan utama, Jepun, dengan kemenangan 2-1.
Gol sendiri Yazan Al-Arab di Stadium Al-Thumama memberikan Korea satu mata berharga untuk kedua-dua pasukan itu kini terikat dengan empat mata selepas dua perlawanan.
"Ia satu perlawanan yang amat-amat genting, sepertimana yang kami jangkakan," kata Klinsmann.
"Selepas kami mendapatkan gol pendahuluan, kami terlalu perlahan. Kami tidak cukup fizikal. Kami tewas aksi satu lawan satu di atas padang dan memberikan mereka lebih tenaga.
"(Dalam babak kedua) kami menguasai permainan. Kami melakukan percubaan yang mencukupi untuk memenangi perlawanan ini.
"Apapun, keputusan seri sudah cukup baik pada akhirnya," katanya.