Piala Asia: Ranking Harimau Malaya jatuh mendadak


Januari 21, 2024 12:23 MYT
Kekalahan kepada Jordan dan Bahrain dalam kejohanan Piala Asia bakal menyaksikan ranking Harimau Malaya jatuh mendadak.
Mengikut pengiraan tidak rasmi, skuad negara akan jatuh ke kedudukan ke-136 dunia berbanding ke-130 dunia dalam kemaskini terakhir Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada 21 Disember lalu.
Kekalahan kepada 0-4 Jordan dalamm perlawanan pembukaan Kumpulan E pada Selasa lalu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu kehilangan 12.65 mata.
Dalam perlawanan kedua menentang Bahrain malam tadi, skuad negara turut tewas 0-1, sekali gus menyebabkan kehilangan 12.50 mata.
Selepas ini, Harimau Malaya akan berdepan Korea Selatan dalam aksi terakhir peringkat kumpulan dan jika tewas, Malaysia akan kehilangan 12.29 mata lagi.
Sebelum ini, ranking skuad negara mencatatkan peningkatan agak baik dalam ranking dunia apabila naik dari kedudukan ke-145 ke kedudukan ke-130 sejak Kim Pan-gon mengambil alih skuad kebangsaan pada 2022.
--Sinar Harian

Lagi mengenai Piala Asia Qatar 2023

#bola sepak #Harimau Malaya #Ranking Dunia FIFA #Piala Asia Qatar
;