Piala Asia: Qatar pasukan pertama mara ke peringkat kalah mati

Ammar Hakim
Januari 17, 2024 07:08 MYT
Qatar menjadi pasukan pertama melangkah ke pusingan kalah mati Kejohanan Bola Sepak Piala Asia selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Tajikistan semalam.
Akram Afif menjaringkan gol ketiga kejohanan untuk memastikan kemenangan buat tuan rumah dan juara bertahan di Stadium Al Bayt.
Sebagai penganjur Piala Duia 2022, Qatar tersingkir daripada pertandingan tersebut di peringkat kumpulan susulan tiga kekalahan berturut-turut, namun kini memperoleh mata maksimum daripada dua perlawanan pembukaan Piala Asia sekaligus memastikan mereka melangkah ke pusingan kalah mati sebagai juara kumpulan.

✨ ????????? ✨ ?? Reigning champions are the first to seal the #AsianCup2023 Round of 16 spot!#HayyaAsia pic.twitter.com/YWML9rIoOD

— #AsianCup2023 (@afcasiancup) January 17, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Afif melambung bola mengatasi penjaga gol Tajikstan, Rustam Yatimov pada minit ke-17 sebelum Tajikistan terpaksa menamatkan perlawanan dengan 10 pemain susulan Amadoni Kamolov diarah keluar padang pada minit ke-81.
#bola sepak #Harimau Malaya #Qatar #Tajikistan #Piala Asia Qatar