Piala Asia: Qatar mula kempen pertahan trofi dengan meyakinkan

Shaiful Shamsudin
Januari 12, 2024 07:21 MYT
QATAR 3 LUBNAN 0
Qatar memulakan kempen mempertahankan trofi Piala Asia 2023 dengan kemenangan 3-0 ke atas Lubnan di Stadium Lusail, awal pagi tadi.
Dua gol daripada Akram Afif dan satu lagi jaringan daripada Almoez Ali menyaksikan tuan rumah membuat permulaan sempurna di hadapan 82,490 peminat.
Satu-satunya kebimbangan buat ketua jurulatih, Bartolome Marquez Lopez, adalah kecederaan penggempur utama, Ali, dalam separuh masa kedua.
Begitupun, Afif membuktikan dia mampu menjadi duri di dalam daging pihak lawan menerusi penyudah klinikal dalam setiap babak.
Afif membuka tirai jaringan pada minit ke-45 dan menutup permainan dengan gol ketiga dalam masa kecederaan.

Al-Annabi opens the #AsianCup2023 with a win?? 3 ? 0 ?? #HayyaAsia pic.twitter.com/713UPIc1bn

— AFC Asian Cup Qatar 2023 (@Qatar2023en) January 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ali, yang merupakan penjaring terbanyak ketika Qatar menjulang itu buat julung kalinya pada 2019 dengan sembilan gol, turut mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-63, malah satu golnya dibatalkan akibat ofsaid.
Namun, dia kelihatan tidak selesa sebelum terpaksa dikeluarkan pada minit ke-77 sambil memegang belakang pahanya.
Qatar menganjurkan temasya itu buat kali ketiga selepas China terpaksa menarik diri gara-gara penularan COVID-19. Kejohanan itu sepatutnya diadakan tahun lalu tapi tarikhnya terpaksa dipinda berdasarkan kesesuaian cuaca di Timur Tengah.
#Piala Asia
;