Justeru, kutipan tiga mata penuh amat penting bertemu Jordan di perlawanan pertama nanti.
Mengakui agak gementar dengan penampilan kali pertama di pentas Piala Asia, namun ia tidak menggoyahkan hasrat yang perlu direalisasikan skuad Kim Pan-gon.
Syihan Hazmi sedar tanggungjawab selaku 'benteng akhir' skuad Harimau Malaya di kempen Piala Asia Qatar#NadiArena #HarimauMalaya #PialaAsiaQatar pic.twitter.com/dwTiQ8Q26O
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 11, 2024
Langkah pertama perlu bermula dengan cemerlang -- andai melewati langkah sumbang, maka pincanglah perancangan utama yang telah dirangka ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon.
Syihan sendiri menanggung tanggungjawab selaku 'individu akhir' di gawang negara, dia perlu mengelak sebarang ruang bolos demi tiga mata pertama di pentas Piala Asia.
Syihan ternyata bertuah, ketegangan dengan rasa berat di bahu tidak dipikul berseorangan.
Malah dia mendapat sokongan yang cukup baik daripada penjaga gol senior yang cukup prihatin dengan penampilan Syihan bersama skuad negara ketika ini.
Syihan tidak mahu terlalu berlapang dada dengan keputusan seri 2-2 bertemu Syria, ia bukan perlawanan sebenar menilai prestasi semasa pasukan lawan.