PIALA ASIA
Piala Asia Qatar: Banyak kelebihan Harimau Malaya sebagai 'Underdog'
Kapten Skuad Piala Asia 2007, Norhafiz Zamani Misbah, melontarkan pandangan positif buat skuad kendalian Kim Pan-gon.
Tidak mustahil buat skuad ini memecah dominasi Malaysia meloloskan diri ke pusingan 16 terbaik memandangkan banyak perbezaan skuad semasa jika dibandingkan dengan penampilan di Piala Asia sebelum ini.
Tegas Zamani, dengan penambahbaikan pasukan yang kini banyak dibarisi pemain wairsan dan naturalisasi, kekuatan Malaysia hampir 100 peratus berubah.
Zaman turut menegaskan beraksi sebagai 'underdog', Malaysia sebenarnya miliki banyak kelebihan.
Tekanan tidak memihak kepada skuad Kim Pan Gon seolah-olah membuka ruang untuk mereka beraksi lebih bebas tanpa terikat dengan tuntutan berat sepanjang 90 minit perlawanan.
Harimau Malaya bakal buka kempen Piala Asia 2023 menentang Jordan pada 16 Januari, 1.30 pagi waktu Malaysia, sebelum berdepan cabaran Bahrain dan Korea Selatan.
Siaran langsung boleh disaksikan di saluran 801, 803, 804, 811, 812 dan 813 serta aplikasi Astro GO.
![](https://d3lbfr570u7hdr.cloudfront.net/stadiumastro/media/sa-images/2024/01-jan/12/11-ddr_jadual-perlawanan-mas-kumpulan-e.jpg)