Skip to main content

Bola Sepak

Piala Asia: Pesaing pertama Harimau Malaya, Jordan sudah mendarat di Doha

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jordan.jpg
13 hari lagi sebelum perlawanan pertama Piala Asia kumpulan E antara Harimau Malaya dan Jordan, skuad dari Timur Tengah itu baru sahaja mendarat di Lapangan Antarabangsa Doha.


 

Pemain yang mencuri tumpuan sudah pasti Yazan Al-Arab, Noor Al-Rawabdeh dan Fadi Awad.

Ini apabila ketiga-tiga pemain itu punyai pengalaman luas dalam Liga Malaysia lebih-lebih lagi Rawabdeh apabila suku pemain Malaysia merupakan rakan sepasukannya di Selangor FC ketika ini.

Malaysia yang sudah sampai Doha lebih awal sedang dalam persiapan rapi demi menyesuaikan diri dengan cuaca sebelum pertemuan penting pada 16 januari nanti.

Kepada anda semua, jangan lupa untuk saksikan kesemua 51 perlawanan Piala Asia 2023 hanya di Astro.

Advertisement

Must Watch Video