Ali Albulayhi menjaringkan gol dalam masa kecederaan ketika Arabi Saudi bangki mengatasi Oman 2-1 dalam saingan Piala Asia awal pagi tadi.
Dalam penutup perlawanan penuh dramatik di Stadium Antarbangsa Khalifa, Albulayhi menanduk masuk gol kemenangan yang telah dibatalkan terlebih dahulu kerana berada dalam kedudukan ofsaid namun disahkan selepas ulang tayang VAR.
Bagi menambah situasi yang penuh kekecohan itu, Oman menyangkakan keputusan ofsaid itu kekal dan mahu cuba meneruskan permainan bermula dengan sepakan percuma.
Namun apabila pengadil perlawanan, Shaun Evans, menunjukkan ke arah tengah padang, ia mencetuskan kemeriahan dalam kalangan pemain Arab Saudi serta barisan pemain gantian yang kelihatan masa penuh telah ditiupkan, menyebabkan kelewatan berpanjangan sebelum perlawanan dapat disambung semula.
Oman mendahului menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Salaah Al-Yahyaei pada minit ke-14 dan menahan tekanan lawan sehingga Abdulrahman Ghareeb menjaringkan gol tiga minit selepas hadir sebagai pemain gantian.
Gerakan solo hingga menjaringkan gol pada minit ke-78 ternyata menyelamatkan jurulatih, Roberto Mancini daripada mengalami kekalahan dalam aksi pembukaan Kumpulan F.
Jaringan kemenangan yang disempurnakan Albulayhi terhasil pada minit keenam masa kecederaan apabila Ali Lajami melakukan flik sebelum ditanduk masuk pertahanan Al-Hilal dari jarak dekat.

A large turnout at Khalifa International Stadium during the Saudi Arabia and Oman match
— AFC Asian Cup Qatar 2023 (@Qatar2023en) January 16, 2024
?????#AsianCup2023 #HayyaAsia pic.twitter.com/9EqveKjEcs