Skip to main content

Bola Sepak

Piala Asia: Peluang Malaysia semakin tertutup ke suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pantai.jpg
Skuad bola sepak pantai negara semakin tertekan untuk melayakkan diri ke peringkat kalah mati apabila merekodkan kekalahan kedua dalam Kumpulan D kempen Piala Asia Bola Sepak Pantai di Pattaya, Thailand, malam tadi.

Selepas Bahrain, anak buah kendalian Saiful Md Noor harus akur kepada kehebatan Oman yang sudah mengesahkan tempat ke suku akhir. 

Kemenangan ke atas Malaysia sudah cukup mengumpul enam mata untuk bertemu sama ada  pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) atau Iraq dalam aksi seterusnya. 




Abdullah Masoud Salil terlebih dahulu membuka tirai jaringan sebelum Mushel Hilal menggandakan kelebihan 2-0. 

Bekas juara Asia itu mula mendapat tentangan sengit tatkal Hafizal Alias yang merupakan bekas pemain bola sepak padangan untuk pasukan Terengganu merapatkan jurang kedudukan termasuk usaha Qushairie Asaari yang membuahkan hasil untuk mengikat keputusan 2-2.

Musallam Mahfoodh kembali meletakkan pasukan lawan di hadapan. Al Muraiki menjadi titik kebangkitan Oman dengan bantuan dua jaringannya melenyapkan perjuangan skuad negara dalam edisi kali ini.




Tandukan Mandhar Hilal, sekali gus menghadiahkan gol kemenangan buat Oman meskipun Hafizal Alias berjaya menyumbat gol ketiga. 

Malaysia menghuni tangga tercorot kumpulan tanpa mengutip sebarang mata. 

Advertisement

Must Watch Video