Menjelang aksi kedua peringkat kumpulan saingan Piala Asia, Malaysia ternyata kini dalam kedudukan mahu memastikan kemenangan dengan misi untuk membawa cabaran ke pentas pusingan 16 susulan tewas 4-0 dalam aksi pertama ke atas Jordan.

Tewas dengan empat jaringan di Stadium Al-Janoub ternyata memberikan tamparan hebat buat skuad Harimau Malaya yang membawa misi ke Qatar dengan harapan untuk melepasi peringkat kumpulan.

Kini, terdapat bayangan bahawa jentera tengah sekali lagi bakal dirombak dengan kehadiran pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Natxo Insa bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Afiq Fazail ekoran berdepan kecederaan.


Stadium Jassim Bin Hamad bakal menjadi saksi pertemuan Malaysia bertemu Bahrain Sabtu ini pada jam 10.30 malam, ikuti liputan menyeluruh menerusi saluran Astro Arena dan Astro Go.

Sorotan perlawanan Malaysia menentang Jordan