PIALA ASIA
Piala Asia: Mancini koyak? Mancini minta maaf
Kegagalan Arab Saudi melangkah ke suku akhir Piala Asia Qatar bukanlah sebab Roberto Mancini menjadi mangsa kecaman penyokong setia Green Falcons, peminat sukan bola sepak dan pengamal media.
Sebaliknya, tindakan bekas pengendali Manchester City itu berlalu pergi ketika penentuan penalti belum selesai yang mencetuskan kontroversi dan ia dianggap tidak bermaruah bagi seseorang yang mempunyai reputasi hebat sepertinya.
“Tindakan memalukan. Roberto Mancini adalah juara Serie A, juara Liga Perdana Inggeris, juara di Liga Juara-Juara Eropah tetapi tidak menghormati pemainnya dan negara yang diwakilinya sehingga penentuan penalti tamat. Kalau saya sebahagian daripada Saudi FA, dia akan dipecat malam ini.”
Shameful act. Roberto Mancini, a Serie A champion, a Premier League champion, a European champion, can’t respect his players and the country he represents until the end of the penalty shootout. If I’m the Saudi FA, he’s out tonight. #AsianCup2023pic.twitter.com/81Y5mjXjpA— Uri Levy (@Levyninho) January 30, 2024
Iklan
Bagaimanapun Mancini yang mula mengendalikan Arab Saudi sejak 2023 tetap menyertai sidang media yang diadakan selepas perlawanan tamat dan seperti sudah menjangkakan apa yang berlaku, dia tenang menjawab soalan-soalan yang diajukan wartawan, terutama mengenai dakwaan tidak menghormati pasukan.
“Saya minta maaf. Saya ingatkan perlawanan sudah tamat.”
“Korea Selatan mempunyai dua peluang untuk memastikan kemenangan dalam dua sepakan penalti terakhir mereka, jadi saya berlalu pergi.”
Pengendali berusia 59 tahun itu jelas membiarkan emosi membelenggu dirinya selepas penalti dari Sami Al-Najei dan Abdulrahman Gareeb berjaya diselamatkan penjaga gol Korea Selatan, Jo Hyeon-woo, yang sememangnya mempamerkan aksi lebih ampuh selepas bolos tiga jaringan kepada Malaysia sebelum ini.
Bekas bos Itali itu kemudiannya ditangkap lensa kamera, meninggalkan pasukan dan berlalu keluar menerusi terowong sebelum sepakan penalti terakhir disempurnakan penyerang Wolverhampton Wanderers, Hwang Hee Chan, untuk Korea Selatan meneruskan misi membawa pulang kejuaraan selepas 64 tahun menentang Juara 2015, Australia, dalam Suku Akhir pada Jumaat ini.
Saudi deserves better than @robymancio. pic.twitter.com/FXe9YubPze— خالد طاش (@khaledtash) January 30, 2024
Must-Watch Video