PIALA ASIA
Piala Asia: Malaysia telah bermain dengan baik -- Kim Pan-gon
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon, tidak berselindung perasaan kecewa apabila gagal memimpin skuad negara melepasi peringkat kumpulan saingan Piala Asia Qatar.
Seluruh rakyat Malaysia terpaksa menelan pahit ketika gawang dibolosi 15 saat sebelum tamat perlawanan ketika bertemu Bahrain semalam, sekaligus menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon tersingkir daripada saingan Piala Asia.
Selepas tamat perlawanan, Kim Pan-gon, meluahkan kekecewaan terhadap dirinya yang gagal menterjemahkan sasaran yang telah ditetapkan untuk peringkat kalah mati dalam saingan kali ini.
Iklan
“Penyokong Malaysia yang hadir telah memberikan sokongan yang sangat baik tetapi sebagai ketua jurulatih, saya kecewa kami tidak dapat memastikan keputusan yang kami mahukan,” kata Kim Pan-gon.
"Kami mencuba pada perlawanan pembukaan (menentang Jordan), tetapi walaupun menunjukkan prestasi yang lebih baik menentang Bahrain, kami masih gagal."
“Saya sangat menghargai pemain atas segala usaha yang mereka tunjukkan hari ini. Kami perlu menerima kekalahan ini, kekal positif dan bersedia untuk perlawanan seterusnya. Menerima kekalahan ini amat sukar bagi saya sebagai ketua jurulatih. Kami gagal mengawal dan menguasai permainan, terlepas peluang untuk seri.
“Saya bersimpati dengan pemain yang membawa impian dan jangkaan. Tidak ada yang salah dengan pasukan. Apabila anda datang ke sini, anda mesti membuktikan kami layak berada di sini. Refleksi adalah penting semasa kita bergerak ke hadapan.”
Must-Watch Video