Skip to main content

Bola Sepak

Piala Asia: Malaysia kekal penjaring terbanyak hadapi Korea Selatan dalam satu perlawanan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jpgtopngconverter-com-(6).jpg
Baru sahaja berlakunya kejutan apabila Korea Selatan telah ditunjukkan jalan keluar oleh Jordan dalam aksi separuh akhir yang berakhir dengan kekalahan dua gol tanpa balas.
Perlawanan itu merupakan kekalahan yang pertama dialami Pahlawan Taeguk dalam Piala Asia Qatar dan juga dalam kalendar 2024.

 

Menariknya, perkara itu juga telah meletakkan Malaysia sebagai satu-satunya pasukan yang berjaya bolosi gawang Korea Selatan dengan tiga jaringan dalam satu perlawanan di kejohanan ini.
Gol yang dijaringkan Faisal Halim, Arif Aiman & Romel Morales berjaya beri Harimau Malaya sekurang-kurangnya satu mata untuk dibawa balik.
Mengikut rekod, Korea Selatan setakat ini paling tinggi hanya bolos dua gol dalam satu perlawanan (berdepan Jordan).

Advertisement

Must Watch Video